Majlis Peluncuran Sambutan Jubli Perak Program Matrikulasi KPM ini di adakan selari dengan strategi untuk meluaskan jaringan Program Matrikulasi dan alumni yang bersesuaian dengan keperluan semakin meningkat untuk memperkasakan hubungan Program Matrikulasi bersama alumni. Bagi memenuhi matlamat tersebut, Sambutan Jubli Perak Program Matrikuasi dengan temanya “Matrikulasi 25 : Mewarnai Generasi Masa Hadapan: diharap dapat mempromosi minat dan meningkatkan keberadaan (visibiliti) Program Matrikulasi melalui jaringan hubungan tersebut. Hubungan sepanjang hayat dijangka dapat membawa pembaharuan dan memberi makna yang signifikan antara Program Matrikulasi dan alumni melalui Sambutan Jubli Perak Program Matrikulasi ini.

Justeru itu, perlbagai aktiviti dan program dirangka sepanjang penganjuran Jubli Perak Program Matrikulasi KPM yang akan dilaksanakan secara berterusan di mana lanya bersesuaian dengan perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya dan khususnya dalam Program Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM).