• 1.jpg
  • BackdropFinale24Feb 1.jpeg
  • WelcomeBannerWeb 1 1.jpg
 

Matriculation Jamboree 2024 merupakan program anjuran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikelolakan oleh Kolej Matrikulasi Pahang dan tahun ini merupakan penganjuran buat kali yang ketujuh. Program ini bermula pada tahun 2015, dan pada awal penganjurannya, ia dikenali sebagai program perkhemahan bersepadu unit beruniform. Sejajar dengan perubahan pengisian program yang lebih dinamik, maka program ini telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Matriculation Jamboree.

Penganjuran Matriculation Jamboree kali ini disertai oleh 14 kontinjen, seramai 296 orang peserta dan 28 orang pegawai. Dan buat pertama kalinya pada tahun ini Matriculation Jamboree tiada pertandingan dijalankan.